[TERKINI] Kapal muatan pasir karam, dua pekerja dikhuatiri lemas

2022-06-26 4

Dua pekerja sebuah kapal membawa muatan pasir hilang sementara dua orang lagi berjaya diselamatkan selepas kapal berkenaan karam di Sungai Batang Igan berdekatan Kampung Bungan Kecil, kira-kira 45km dari Sibu awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, identiti dua mangsa yang hilang itu masih belum dikenal pasti namun mereka dianggarkan berusia dalam lingkungan 20-an, sementara yang selamat berumur 40-an dan 50-an.

Free Traffic Exchange